1) WEARABLE TECHNOLOGY GOGGLE GLASSES
Wearable technology" adalah
masih digunakan di peringkat awal, namun begitu penggunaanya sudah meluas dan
berpengaruh kebanyakan industri. Dr Rafael Grossman adalah pakar yang pertama
yang mengunakan 'Goggle Glass"/ Wearable technolgy" semasa melakukan
prosedur surgery. Teknologi ini dapat digunakan dengan lebih meluas agar dapat
memenuhi keperluan penggunanya dalam memberi rawatan yang terbaik kepada
pesakit. Peralatan ini dapat membantu dalam bidang perubatan dengan cara
penjagaan kesihatan terhadap pesakit dan keluarga pesakit. Teknologi moden ini
membenarkan doktor berhubung dengan pesakit dengan menggunakan "Goggle
Glass" untuk mendapatkan sejarah kesihatan pesakit. Namun begitu, semasa
prosedur surgery dilakukan, penggunaan "Goggle Glass" ini boleh
dijadikan satu pembelajaran dan pendidikan untuk pelajar-pelajar perubatan dan
sebagainya.

" A Hybrid Operation room"
adalah salah sati inovasi yang terbaru di mana ia adalah secara tradisional
atau telah dilengkapi dengan teknologi perubatan yang canggih bagi memberi
penjagaan yang terbaik pada pesakit di samping meningkatkan lemhairan dalam
memberi rawatan kepada pesakit. Hospital yang pertama menggunakan teknologi
yang canggih ini adalah di Lakeland Regional Media Center. Kebaikan penggunaan
teknolgi Hybrid Operation Room ini adalah dapat mengurangkan trauma , ketakutan
tentang prosedur, meransang pemulihan yang cepat serta membantu memendekan
waktu "admitted" di wad. Teknologi ini telah menggunakan LRMC dimana
ia dapat membantu serta meningkatkan pengalaman pesakit kepada teknologi
pengimejan dan mengelak dari risisko serangan jantung semasa prosedur
dilakukan.
3) BRONCHIOL PROVACATION TEST
Alatan ini adalah salah satu kaedah
untuk membuat diagnosa penyakit asma secara objektif yang dipanggil "
Bronchial Provocation Test" atau ujian provokasi bronkial. Tujuan
peralatan ini digunakan adalah untuk melihat samaada saluran pernafasan
seseorang itu hyper-responsif, iaitu saluran pernafasan menyempit sebagai
respons terhadap ejen yang digunakan untuk membuat provakasi terhadapnya.
Walaubagaimanapun, ujian BPT ini digunakan bagi setiap kes untuk membuat
diagnosa asma. Ianya hanya digunakan sekiranya ujian spirometer gagal mengesan
asma tetapi kemungkinan asma masih tinggi.
4) INTEL HEALTH WATCH
"Intel
Health Guide" ini adalah peralatan yang dicipta untuk digunakan di rumah
di mana setiap pengguna boleh menggunakan sebagai jam pengingatan kepada
pengambilan sebarang ubatan. Jam ini akan memberi peringatan pada waktu waktu
yang telah ditetapkan. Selain itu penggunaan peralatan ini amat berguna
terutamanya kepada pengguna untuk memeriksa tahap kandungan gula/glukos dalam
darah , tahap tekanan darah, kandungan oksigen dalam darah serta boleh mengukur
berat badan pesakit. Alatan ini juga boleh digunakan sebagai video phone
diantara pesakit dan doktor yang merawatnya.Ini dipanggil sebagai video-chat.
Selain kebaikan diatas, alatan ini dicipta khas untuk mendapatkan kandungan
oksigen dalam darah semasa pengguna sedar atau semasa tidur. Jam ini juga boleh
mengira jumlah kandungan kalori yang dibakar dalam fungsi badan.
5) DIGESTIBLE SENSOR
Teknolgi canggih ini dipanggil
sebagai " Digestible Sensor", yang dicipta untuk penggunaan setiap
pesakit semestinya. Peralatan ini membolehkan pesakit atau individu
menelan/makan ubat yang dibekalkan oleh doktor apabila menggunakanya.
Penggunaan "Digestible Sensor" boleh memantau sistem badan serta
pemindahan maklumat tentang kesihatan kepada alatan teknologi yang lain
seperti smartphone, komputer sebagai rujukan sendiri di rumah atau rujukan
doktor di hospital. Alatan ini memnerlukan sumber bateri untuk digunakan.
Inovasi seperti ini boleh mengenalpasti masalah kesihatan pengguna serta
membnatu mengesan sebarang penyakit serta dapat mengesan dengan lebih awal
tanpa sebarang komplikasi yang teruk. Di dalam peralatan ini , pengguna dapat
mengakses dengan lebih lanjut tentang ubatan, corak aktiviti, corak tidur,
mengukur tekanan darah, patch, dan sebagainya.
6) ) LIGHTWEIGHT 3D PRINTED BREATABALE CAST WITH ULTRASOUND THERAPHY
Dalam teknologi dan inovasi, setiap
pengguna mesti ada pengalaman menggunakan " cast " dan sudah
semestinya mereka akan merasai pelbagai ketidakselesaan, kegatalan, bau,
berat, tiada pengudaraan ynag baik yang menyebabakan otot-otot menjadi lemah
dan tidak beramaya dan sebagainya. "Cast " ini telah dicipta dengan
lebih canggih oleh Deniz Karasahin (industrial designer). Beliau mencipta
"cast" ini dengan penggunaan 3D printer untuk mencipta agar peralatan
ini mudah digunakan seperti senang dicuci/dibersihkan, ada pengudaraan yang
baik. "Cast" ini, menggunakan 3D yang boleh memeriksa anggota yang
terlibat dengan penggunaan scans pada perlaatan tersebut. "Ultrasound theraphy"
juga boleh dilihat sekiranya pesakit menggunakan peralatan ini.
"Cast" ini boleh dicabut/ditanggalkan apabila perlu, tanpa kesakitan
akibat daripada penggunaan peralatan yang tajam untuk membukanya. Selain itu,
kebaikan penggunaan "Cast 3D" ini adalah di mana sistem boleh
digunapakai untuk stimulasi anggota yang terlibat/patah dan terapi ini lebih
efektif untuk penyembuhan tulang yang patah


7) COVIDIEN KANGAROO FEEDING TUBE WITH INTERGRATED CAMERA FDA CLEARED
"Nasogastric
feeding"/ tiub makan akan menyebabkan kesukaran untuk dimasukkan pada
pesakit yang tidak sedarkan diri atau penggunaan ubatan dan akan menyebabkan
kesilapan kedudukan tiub makan tersebut ketika dimasukkan terutamanya di
paru-paru yang menyebabkan berlakunya komplikasi seperti "Aspiration
Pneumonia". Untuk memastikan kedudukan tiub makan ini berada di tempat
yang betul, "Covidien" menerima: " FDA clearance" yang
memudahakan setiap doktor, jururawat melihat bahagian tiub ini dimasukan. Tiub
makan ini mempuyai kamera yang bersaiz 3mm diatasnya dan disambung ke
"touchscreen" untuk menangkap gambar daripada kamera. Dengan
penggunaan alatan ini, dapat mengelakkan kesilapan kemasukan tiub makan ke
kawasan yang betul serta komplikasi dapat dielakkan. Contoh komplikasi seperti
tiub tersangkut di bahagian saluran pernafasan ( endotracheal tube), di dalam
mulut dan di paru-paru.
8) CARE FUSION CLIP VAC
"Hair Clipping" ini telah direka untuk
mengelakkan daripada jangkitan atau sebarang kontaminasi semasa prosedur di
bilik bedah atau wad kririkal. Alatan ini amatlah sesuai untuk perjagaan
persekitaran bilik dewan bedah kerana bagi mengekalkan kesterilan. Selain itu
alatan ini membantu mengeluarkan bulu-bulu rambut daripada berterbangan ke
kawasan yang lain. " Care Fusion" ini akan melepaskan sedutan yang
bergabung dengan surgical clip untuk ,menyedut bulu-bulu rambut yang
berterabur.Kebaikan penggunaan alatan ini adalah dapat mengelakkan sebarang
jangkitan atau kontaminasi semasa prosedur dilakukan.
9) ANALOGIC SONIC WINDOW HANDHELD ULTRASOUND
"Analogic ini adalah satu peralatan yang baru
dari 'Sonic Window' yang menggunakan sistem ultrasound untuk membantu serta
mencari atau mendapatkan intravena peripheral ( kedudukan peripheral salur
darah) yang betul. Peralatan ini adalah menggunakan camera dan projector untuk
membantu melihat bahagian salur darah yang tepat dan betul tanpa sebarang
komlpikasi seperti pendarahan, bengkak, kesakitan dan sebagainya. Peralatan
yang canggih ini digunakan bersama i-pod, bateri dan ultrasound tranducer.
Selain itu alatan yang berteknologi tinggi ini membantu serta memudahkan doktor
mendapatkan kawasan peripheral yang betul dan tepat .
10)HAMILTON -H900 HUMIDIFIER WITH BUILT
"Hamilton
Medical" (Bonaduz, Switzealand) telah melancarkan satu peralatan klinikal
humidifier yang berteknologi canggih. Peralatan ini digunakan di kawasan yang
kritikal, di mana pesakit menggunakan saluran bantuan pernafasan di ICU.
Peralatan ini dibentuk untuk mengurangkan penggunaan bilangan kabel,
mengintegrasikan komponen ke dalam sistem yang lebih mudah dan membantu untuk
mengawal pemeluwapan dan pengeluaran air melalui tubing. Tubing ini mempunyai
kepanasan yang keluar melalui udara yang lembap dan akan berbentuk kondensasi
pada dinding dan suhu dikekalkan. Peralatan ini boleh dikawal melalui
penggunaan ventilator. "The Hamilton -H900 " ini mempunyai 2 komponen
yang telah siap disediakan iaitu " connector, temperature probe, water
refill tube, Y piece & water chamber".Kebaikan penggunaan peralatan
ini adalah seperti ia dapat menjimatkan masa, meningkatkan kekuatan, senang
diuruskan serta mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman dan
sebagainya.