Wednesday, 28 May 2014

TUGASAN BERKUMPULAN


TUGASAN PENULISAN ESEI BERKUMPULAN





 Sila layari laman link untuk melihat hasil kajian kumpulan kami yang berkaitan dengan" Tahap Kemudahan ICT di PPUKM" yang telah kami lakukan kepada kakitangan PPUKM.

Terima kasih



1) TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM ppt


2)  TUGASAN ESEI BERKUMPULAN

Tuesday, 27 May 2014

VIDEO TUGASAN BERKUMPULAN

 VIDEO TUGASAN BERKUMPULAN

CARA MEMINDAHKAN PESAKIT DENGAN MENGGUNAKAN PATSLIDE
  




Monday, 26 May 2014

MODEL TUGASAN HASIL KERJA SENDIRI



FOTO TUGASAN HASIL KRAFTANGAN INOVASI DAN TEKNOLOGI

ASSALAMUALAIKUM



Ini adalah hasil kraftangan yang berinovasi dan berteknologi yang dihasilkan oleh saya sendiri dengan menggunakan majalah lama untuk dijadikan sebagai bekas simpanan serbaguna. Sekali pandang ini mungkin tidak kelihatan  kukuh, tetapi selepas dilekatkan dengan gam ia menjadi lebih kuat dan kukuh. Menarik kan???. Hasil kraftangan ini, saya namakan sebagai" BEKAS SIMPANAN SERBAGUNA CANTIK DI MATA DEKAT DI HATI". Banyak kegunaanya sebagai tempat simpanan, perhiasan atau cencerahati untuk yang tersayang.


PERALATAN YANG DIGUNAKAN

  • Majalah lama
  • Gam 
  • Gunting
  • Lidi panjang dan tebal
  • Pisau
  • Pengikat (reben/ tali pengikat)















10 FOTO ALATAN INOVASI DAN TEKNOLOGI








1) WEARABLE TECHNOLOGY GOGGLE GLASSES


Wearable technology" adalah masih digunakan di peringkat awal, namun begitu penggunaanya sudah meluas dan berpengaruh kebanyakan industri. Dr Rafael Grossman adalah pakar yang pertama yang mengunakan 'Goggle Glass"/ Wearable technolgy" semasa melakukan prosedur surgery. Teknologi ini dapat digunakan dengan lebih meluas agar dapat memenuhi keperluan penggunanya dalam memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit. Peralatan ini dapat membantu dalam bidang perubatan dengan cara penjagaan kesihatan terhadap pesakit dan keluarga pesakit. Teknologi moden ini membenarkan doktor berhubung dengan pesakit dengan menggunakan "Goggle Glass" untuk mendapatkan sejarah kesihatan pesakit. Namun begitu, semasa prosedur surgery dilakukan, penggunaan "Goggle Glass" ini boleh dijadikan satu pembelajaran dan pendidikan untuk pelajar-pelajar perubatan dan sebagainya.







 2) HYBRID OPERATION ROOM

" A Hybrid Operation room" adalah salah sati inovasi yang terbaru di mana ia adalah secara tradisional atau telah dilengkapi dengan teknologi perubatan yang canggih bagi memberi penjagaan yang terbaik pada pesakit di samping meningkatkan lemhairan dalam memberi rawatan kepada pesakit. Hospital yang pertama menggunakan teknologi yang canggih ini adalah di Lakeland Regional Media Center. Kebaikan penggunaan teknolgi Hybrid Operation Room ini adalah dapat mengurangkan trauma , ketakutan tentang prosedur, meransang pemulihan yang cepat serta membantu memendekan waktu "admitted" di wad. Teknologi ini telah menggunakan LRMC dimana ia dapat membantu serta meningkatkan pengalaman pesakit kepada teknologi pengimejan dan mengelak dari risisko serangan jantung semasa prosedur dilakukan.






         3) BRONCHIOL PROVACATION TEST

Alatan ini adalah salah satu kaedah untuk membuat diagnosa penyakit asma secara objektif yang dipanggil " Bronchial Provocation Test" atau ujian provokasi bronkial. Tujuan peralatan ini digunakan adalah untuk melihat samaada saluran pernafasan seseorang itu hyper-responsif, iaitu saluran pernafasan menyempit sebagai respons terhadap ejen yang digunakan untuk membuat provakasi terhadapnya. Walaubagaimanapun, ujian BPT ini digunakan bagi setiap kes untuk membuat diagnosa asma. Ianya hanya digunakan sekiranya ujian spirometer gagal mengesan asma tetapi kemungkinan asma masih tinggi.








4) INTEL HEALTH WATCH


"Intel Health Guide" ini adalah peralatan yang dicipta untuk digunakan di rumah di mana setiap pengguna boleh menggunakan sebagai jam pengingatan kepada pengambilan sebarang ubatan. Jam ini akan memberi peringatan pada waktu waktu yang telah ditetapkan. Selain itu penggunaan peralatan ini amat berguna terutamanya kepada pengguna untuk memeriksa tahap kandungan gula/glukos dalam darah , tahap tekanan darah, kandungan oksigen dalam darah serta boleh mengukur berat badan pesakit. Alatan ini juga boleh digunakan sebagai video phone diantara pesakit dan doktor yang merawatnya.Ini dipanggil sebagai video-chat. Selain kebaikan diatas, alatan ini dicipta khas untuk mendapatkan kandungan oksigen dalam darah semasa pengguna sedar atau semasa tidur. Jam ini juga boleh mengira jumlah kandungan kalori yang dibakar dalam fungsi badan.







  5) DIGESTIBLE SENSOR


Teknolgi canggih ini dipanggil sebagai " Digestible Sensor", yang dicipta untuk penggunaan setiap pesakit semestinya. Peralatan ini membolehkan pesakit atau individu menelan/makan ubat yang dibekalkan oleh doktor  apabila menggunakanya. Penggunaan "Digestible Sensor" boleh memantau sistem badan serta pemindahan maklumat  tentang kesihatan kepada alatan teknologi yang lain seperti smartphone, komputer sebagai rujukan sendiri di rumah atau rujukan doktor di hospital. Alatan ini memnerlukan sumber bateri untuk digunakan. Inovasi seperti ini boleh mengenalpasti masalah kesihatan pengguna serta membnatu mengesan sebarang penyakit serta dapat mengesan dengan lebih awal tanpa sebarang komplikasi yang teruk. Di dalam peralatan ini , pengguna dapat mengakses dengan lebih lanjut tentang ubatan, corak aktiviti, corak tidur, mengukur tekanan darah, patch, dan sebagainya.








6) ) LIGHTWEIGHT 3D PRINTED BREATABALE CAST WITH ULTRASOUND THERAPHY


Dalam teknologi dan inovasi, setiap pengguna mesti ada pengalaman menggunakan " cast " dan sudah semestinya mereka akan merasai pelbagai ketidakselesaan,  kegatalan, bau, berat, tiada pengudaraan ynag baik yang menyebabakan otot-otot menjadi lemah dan tidak beramaya dan sebagainya. "Cast " ini telah dicipta dengan lebih canggih oleh Deniz Karasahin (industrial designer). Beliau mencipta "cast" ini dengan penggunaan 3D printer untuk mencipta agar peralatan ini mudah digunakan seperti senang dicuci/dibersihkan, ada pengudaraan yang baik. "Cast" ini, menggunakan 3D yang boleh memeriksa anggota yang terlibat dengan penggunaan scans pada perlaatan tersebut. "Ultrasound theraphy" juga boleh dilihat sekiranya pesakit menggunakan peralatan ini. "Cast" ini boleh dicabut/ditanggalkan apabila perlu, tanpa kesakitan akibat daripada penggunaan peralatan yang tajam untuk membukanya. Selain itu, kebaikan penggunaan "Cast 3D" ini adalah di mana sistem boleh digunapakai untuk stimulasi anggota yang terlibat/patah dan terapi ini lebih efektif untuk penyembuhan tulang yang patah







7) COVIDIEN KANGAROO FEEDING TUBE  WITH   INTERGRATED CAMERA FDA CLEARED


"Nasogastric feeding"/ tiub makan akan menyebabkan kesukaran untuk dimasukkan pada pesakit yang tidak sedarkan diri atau penggunaan ubatan dan akan menyebabkan kesilapan kedudukan tiub makan tersebut ketika dimasukkan terutamanya di paru-paru yang menyebabkan berlakunya komplikasi seperti "Aspiration Pneumonia". Untuk memastikan kedudukan tiub makan ini berada di tempat yang betul, "Covidien" menerima: " FDA clearance" yang memudahakan setiap doktor, jururawat melihat bahagian tiub ini dimasukan. Tiub makan ini mempuyai kamera yang bersaiz 3mm diatasnya dan disambung ke "touchscreen" untuk menangkap gambar daripada kamera. Dengan penggunaan alatan ini, dapat mengelakkan kesilapan kemasukan tiub makan ke kawasan yang betul serta komplikasi dapat dielakkan. Contoh komplikasi seperti tiub tersangkut di bahagian saluran pernafasan ( endotracheal tube), di dalam mulut dan di paru-paru.






 8) CARE FUSION CLIP VAC


                                                   
"Hair Clipping" ini telah direka untuk mengelakkan daripada jangkitan atau sebarang kontaminasi semasa prosedur di bilik bedah atau wad kririkal. Alatan ini amatlah sesuai untuk perjagaan persekitaran bilik dewan bedah kerana bagi mengekalkan kesterilan. Selain itu alatan ini membantu mengeluarkan bulu-bulu rambut daripada berterbangan ke kawasan yang lain. " Care Fusion" ini akan melepaskan sedutan yang bergabung dengan surgical clip untuk ,menyedut bulu-bulu rambut yang berterabur.Kebaikan penggunaan alatan ini adalah dapat mengelakkan sebarang jangkitan atau kontaminasi semasa prosedur dilakukan.





9) ANALOGIC SONIC WINDOW HANDHELD ULTRASOUND


"Analogic ini adalah satu peralatan yang baru dari 'Sonic Window' yang menggunakan sistem ultrasound untuk membantu serta mencari atau mendapatkan intravena peripheral ( kedudukan peripheral salur darah) yang betul. Peralatan ini adalah menggunakan camera dan projector untuk membantu melihat bahagian salur darah yang tepat dan betul tanpa sebarang komlpikasi seperti pendarahan, bengkak, kesakitan dan sebagainya. Peralatan yang canggih ini digunakan bersama i-pod, bateri dan ultrasound tranducer. Selain itu alatan yang berteknologi tinggi ini membantu serta memudahkan doktor mendapatkan kawasan peripheral yang betul dan tepat .



            10)HAMILTON -H900 HUMIDIFIER WITH BUILT

"Hamilton Medical" (Bonaduz, Switzealand) telah melancarkan satu peralatan klinikal humidifier yang berteknologi canggih. Peralatan ini digunakan di kawasan yang kritikal, di mana pesakit menggunakan saluran bantuan pernafasan di ICU. Peralatan ini dibentuk untuk mengurangkan penggunaan bilangan kabel, mengintegrasikan komponen ke dalam sistem yang lebih mudah dan membantu untuk mengawal pemeluwapan dan pengeluaran air melalui tubing. Tubing ini mempunyai kepanasan yang keluar melalui udara yang lembap dan akan berbentuk kondensasi pada dinding dan suhu dikekalkan. Peralatan ini boleh dikawal melalui penggunaan ventilator. "The Hamilton -H900 " ini mempunyai 2 komponen yang telah siap disediakan iaitu " connector, temperature probe, water refill tube, Y piece & water chamber".Kebaikan penggunaan peralatan ini adalah seperti ia dapat menjimatkan masa, meningkatkan kekuatan, senang diuruskan serta mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman dan sebagainya.





Sunday, 25 May 2014

10 VIDEO YOUTUBE


Video 1 : Bronchoscopy




Video 2: Arterial Line Insertion


Video 3: Classification of Wounds-Nurses Guide


Video 4: Mr Bean - Cooking spaghetti


Video 5: Learn to Intubate During General Anaesthesia


Video 6: In Line Close Suctioning of Oral ETT


Video 7: Wheelchair Freestyle


Video 8: Lung Anatomy


Video 9: Get the Ultimate Relief of Asthma


Video 10: Your visit to the ICU (Intensive Care Unit)

Friday, 23 May 2014

ISU SEMASA " ETIKA DALAM MENYAMPAIKAN BERITA MELALUI MULTIMEDIA"

Pembelajaran dan pengajaran adalah penting dalam setiap pendidikan. Apabila menyampaikan sesuatu berita baik melalui apa-apa media sekalipun, kita harusla  mengenalpasti sumber-sumber sesuatu maklumat tersebut diperolehi bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut. Jika maklumat yang disebarkan melalui media  itu tidak benar dan ia  tersebar meluas kepada khalayak terutamanya melalui internet, ia akan membawa kesan yang buruk. Kesan buruk ini akan melibatkan beberapa aspek emosi, mental dan spiritual penerima maklumat tersebut.

Kemudahan teknologi sering disalahgunakan untuk menjatuhkan, memalukan pihak lain. Berita yang tidak benar mendorong kepada perbuatan fitnah dan mungkin akan mencetuskan perbalahan serta salah faham yang berlarutan. Fitnah ini disebarkan menggunakan laman web internet, dan ini berkemungkinan akan mencabar etika dan susila hidup bermasyarakat dan bernegara. Berita palsu akan menyebabkan seseorang mengalami gangguan emosi di mana ia akan menyebabkan tekanan perasaan dan jiwa seseorang. Menurut ajaran islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang besar kerana akan memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu dan keluarganya. "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." ( Surah Al-Baqarah: 191).


Faktor bahasa dan adab adalah peranan penting dalam aspek menyampaikan berita untuk bacaan semua peringkat umur. Ada berita yang disampaikan dalam gaya bahasa yang pelbagai untuk  menyindir, sinis, sedih, marah dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia yang ditinggikan dengan nilai-nilai murni dan sifat beradab, kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan gaya penyampaian media antarabangsa yang kadangkala melanggar adab. Walaubagaimanapun, menjaga adab dan bahasa jangan sampai mesej atau info yang ingin disebarkan disalah erti. Marilah kita mengunakan bahasa yang mudah difahami, tidak kasar, padat tetapi lengkap.


Terlalu banyak informasi dan maklumat yang direka-reka akan menyebabkan kecelaruan maklumat kepada pembaca dan pengguna.


" Etika dalam menyampaikan berita melalui multimedia" Apakah pendapat anda semua tentang isu semasa yang telah saya kongsikan...Sharing is caring...

MARI KITA SAMA_SAMA FIKIRKAN????

 


Sunday, 27 April 2014

PENGGUNAAN ICT PERLU MELUAS

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT) harus terus diperluaskan dan dipertingkatkan di kalangan di hospital dan klinik-klinik di luar bandar keran ia bukan sahaja mampu memudahkan kerja tetapi mampu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang. Sebagai pengamal perubatan, segala kemudahan dalam ICT diyakini mampu mempercepatkan kerja mereka dan mempercepatkan lagi penyampaian perkhidmatan.
ICT adalah penting dan berpengaruh dalam kehidupan seharian kita kerana revolusi digital global internet sehingga membawa kepada penggunaan yang meluas ICT untuk mengumpul, mengekalkan dan menghantar maklumat serta data.
Semua orang termasuk di kalangan pengamal perubatan pellu dilengkapi dengan pengetahuan, ICT perlu dilengkapi dengan pengetahuan ICT supaya doktor dan jururawat boleh beroperasi dan berfungsi secara optimum.
Disebabkan ICT mungkin pada masa akan datang ia akan menyediakan perkhidmatan seperti pemantauan kesihatan dari jauh atau myHealth ( untuk rakyat Malaysia) seperti yang dilihat dugunakan di negara-negara maju, digunakan sebagai sistem peringatan untuk doktor & jururawat dan mungkin untuk mengambil ubat atau penghantaran ubat ke rumah yang boleh dengan mudah disampaikan dan diproses melalui telefon mudah alih.


Saturday, 26 April 2014

BIODATA SAYA

NAMA             : ZUBAIDAH BINTI ABU BAKAR


NO MATRIK  : A 138780


PROGRAM    :IJAZAH SARJANAMUDA & KEPUJIAN                                                              KEJURURAWATAN SEPARUH MASA (UKM)

SEMESTER  : 4


TUTORIAL   : KHAMIS


MASA            :15.00 - 18.00


TEMPAT       :MAKMAL KOMPUTER TERABYTE

EMAIL           : zubaidahabubakar2579@yahoo.com.my


FACEBOOK  : zubaidahabubakar@facebook.com






KEMAJUAN TEKNOLOGI DALAM PROFESSION KEJURURAWATAN


Profesion kejururawatan perlu selari dengan kemajuan teknologi bagi memastikan ia relevan pada era ini,  bagi mengubah tanggapan dan cara penyampaian berhubung penjagaan kejururawatan. "Dalam dunia yang serba moden, teknologi perlu disepadukan dengan baik dengan kejururawatan kerana ia mewakili kombinasi yang kukuh bagi menyumbang kepada kesejahteraan dan kesihatan seseorang pesakit."Dengan persepaduan teknologi dan sikap penyayang bersama-sama di dalam profesion ini boleh meningkatkan khidmat yang disediakan dan memaksimumkan hasil keperluan pesakit,menyediakan khidmat penjagaan yang lebih berkualiti dan mengurangkan kesilapan manusia atau merancang rawatan yang disediakan bagi menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang lebih efisien, berkualiti dan selamat.