Saturday, 26 April 2014

KEMAJUAN TEKNOLOGI DALAM PROFESSION KEJURURAWATAN


Profesion kejururawatan perlu selari dengan kemajuan teknologi bagi memastikan ia relevan pada era ini,  bagi mengubah tanggapan dan cara penyampaian berhubung penjagaan kejururawatan. "Dalam dunia yang serba moden, teknologi perlu disepadukan dengan baik dengan kejururawatan kerana ia mewakili kombinasi yang kukuh bagi menyumbang kepada kesejahteraan dan kesihatan seseorang pesakit."Dengan persepaduan teknologi dan sikap penyayang bersama-sama di dalam profesion ini boleh meningkatkan khidmat yang disediakan dan memaksimumkan hasil keperluan pesakit,menyediakan khidmat penjagaan yang lebih berkualiti dan mengurangkan kesilapan manusia atau merancang rawatan yang disediakan bagi menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang lebih efisien, berkualiti dan selamat.


No comments:

Post a Comment