Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT) harus terus diperluaskan dan dipertingkatkan di kalangan di hospital dan klinik-klinik di luar bandar keran ia bukan sahaja mampu memudahkan kerja tetapi mampu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang. Sebagai pengamal perubatan, segala kemudahan dalam ICT diyakini mampu mempercepatkan kerja mereka dan mempercepatkan lagi penyampaian perkhidmatan.
ICT adalah penting dan berpengaruh dalam kehidupan seharian kita kerana revolusi digital global internet sehingga membawa kepada penggunaan yang meluas ICT untuk mengumpul, mengekalkan dan menghantar maklumat serta data.
Semua orang termasuk di kalangan pengamal perubatan pellu dilengkapi dengan pengetahuan, ICT perlu dilengkapi dengan pengetahuan ICT supaya doktor dan jururawat boleh beroperasi dan berfungsi secara optimum.
Disebabkan ICT mungkin pada masa akan datang ia akan menyediakan perkhidmatan seperti pemantauan kesihatan dari jauh atau myHealth ( untuk rakyat Malaysia) seperti yang dilihat dugunakan di negara-negara maju, digunakan sebagai sistem peringatan untuk doktor & jururawat dan mungkin untuk mengambil ubat atau penghantaran ubat ke rumah yang boleh dengan mudah disampaikan dan diproses melalui telefon mudah alih.
No comments:
Post a Comment