Pembelajaran dan pengajaran adalah penting dalam setiap pendidikan. Apabila menyampaikan sesuatu berita baik melalui apa-apa media sekalipun, kita harusla mengenalpasti sumber-sumber sesuatu maklumat tersebut diperolehi bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut. Jika maklumat yang disebarkan melalui media itu tidak benar dan ia tersebar meluas kepada khalayak terutamanya melalui internet, ia akan membawa kesan yang buruk. Kesan buruk ini akan melibatkan beberapa aspek emosi, mental dan spiritual penerima maklumat tersebut.
Kemudahan teknologi sering disalahgunakan untuk menjatuhkan, memalukan pihak lain. Berita yang tidak benar mendorong kepada perbuatan fitnah dan mungkin akan mencetuskan perbalahan serta salah faham yang berlarutan. Fitnah ini disebarkan menggunakan laman web internet, dan ini berkemungkinan akan mencabar etika dan susila hidup bermasyarakat dan bernegara. Berita palsu akan menyebabkan seseorang mengalami gangguan emosi di mana ia akan menyebabkan tekanan perasaan dan jiwa seseorang. Menurut ajaran islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang besar kerana akan memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu dan keluarganya. "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." ( Surah Al-Baqarah: 191).
Faktor bahasa dan adab adalah peranan penting dalam aspek menyampaikan berita untuk bacaan semua peringkat umur. Ada berita yang disampaikan dalam gaya bahasa yang pelbagai untuk menyindir, sinis, sedih, marah dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia yang ditinggikan dengan nilai-nilai murni dan sifat beradab, kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan gaya penyampaian media antarabangsa yang kadangkala melanggar adab. Walaubagaimanapun, menjaga adab dan bahasa jangan sampai mesej atau info yang ingin disebarkan disalah erti. Marilah kita mengunakan bahasa yang mudah difahami, tidak kasar, padat tetapi lengkap.
Terlalu banyak informasi dan maklumat yang direka-reka akan menyebabkan kecelaruan maklumat kepada pembaca dan pengguna.
" Etika dalam menyampaikan berita melalui multimedia" Apakah pendapat anda semua tentang isu semasa yang telah saya kongsikan...Sharing is caring...
MARI KITA SAMA_SAMA FIKIRKAN????

Isu semasa berkenaan dengan etika dalam menyampaikan berita melalui multimedia adalah amat penting dalam proses pembelajaran dan juga pengajaran supaya setiap apa yang hendak disampaikan adalah telus dan dapat diterima oleh setiap kaum dan semua peringkat umur. Tidak dinafikan bahawa dalam menyampaikan berita melalui multimedia ini perlu menggunakan bahasa yang baik supaya setiap apa yang di sampaikan tiada pihak yang akan terasa. Informasi yang hendak disampaikan mestilah benar. Bahasa juga amat penting dalam setiap penyampaian yang hendak dilakukan. "Budi bahasa budaya kita". Terima kasih.
ReplyDeleteZulina Binti Mustafa (A138767).
Berita melaui multimedia amat berguna pada masa sekarang. Cuma, persolannya penyampai itu menyampaikan berita yang sebenarnya atau pun tipu kerana multimedia di negara kini adalah secara terbuka dan tidak dikawal.
ReplyDeleteTeetapi, dengan menggunakan multimedia, berita lebih mudah disampaikan dan cepat diterima. Itu satu kelebihan yang pengguna boleh dapati dari multimedia sekarang (Roalina Zainuddin A138778)
Salam, pada pendapat saya etika melalui multimedia ini adalah penting sebagai pedoman dalam melakukan proses menyampaikan dan menerima pesan.Tidak dinafikan kemajuan teknologi menyenangkan kita semua tetapi ada segolongan individu yang menyalahgunakannya sehingga membawa kepada penyebaran fitnah.Penyebaran berita yang tidak benar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS dan MMS) dan laman sesawang umpamanya banyak sekali berlaku sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat. Walaupun nampak mudah tetapi ini sebenarnya adalah sesuatu bentuk fitnah yang berbahaya. Apabila menyampaikan berita baik melalui apa-apa medium sekalipun, harus dikenal pasti sumber sesuatu maklumat tersebut diperoleh, keperluan mengumumkannya kepada khalayak, serta yang paling penting sudah tentu kesahihan maklumat tersebut. Norrafidah bte Md Sapuan (A 138781).
ReplyDeleteNORHAYATI ARIFFIN A138786
ReplyDeleteMemandangkan isu multimedia melaui internat amat popular kita seharusnya mempelajari etika dalam melayari internat untuk mengelakkan dari fitnah yang akan timbul.saya setuju dengan pendapat diatas.
Noor Afizah Ahmad A138784
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pendapat penulis yang telah dibentangkan diatas ini. Kita perlu sohehkan dulu kebenaran yang kita dapat sebelum mendedahkan kepada khayalak umum. Kita juga perlu memperlajari teknik komunikasi yang bukan verbal supaya dapat lebih memahaminya dengan lebih mendalam..Kita juga yang sebagai penerima maklumat, tidaklah boleh menerima maklumat itu sebulat bulatnya tanpa perlu selidik dahulu. Lebih teruk lagi jika kita juga sama sama kongsikan pulak berita itu dengan maklumat salah kepada orang lain.
Saya amat bersetuju dengan pendapat di atas , berita berita dari multimedia amat berguna pada masa sekarang tetapi perlu lah kita sebagai pembaca tahu setahap mana kesahihan sesuatu berita supaya kita tidak di tipu oleh multimedia .eziyurina ab ghani A138779
ReplyDeleteassalamualaikum....saya juga bersetuju dengan isu ini, apa yang dapat dilihat, kemudahan pengguna berkongsi maklumat adalah amat mudah. Ini bermula dari sikap seseorang yang tidak pandai membezakan antara rahsia dan tidak rahsia, apa yang berlaku, adalah ketidaksefahaman dan pergaduhan kerana perkongsian ini. Azneza Aziz (A138773)
ReplyDelete